Tuesday, November 17, 2015

Assalamualaikum…
Ilmu untuk dikongsi bersama….

Panduan ini dikirim oleh rakan-rakan dan saya sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman sekalian. Semoga ianya memberi manfaat buat kita semua. Ameennn..
 
Dikatakan:-

۞‎ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ ‎Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ ‎Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ ‎Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ ‎Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ ‎Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ ‎Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ ‎Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ ‎Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ ‎Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
 
Bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-

۞ ‎Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ ‎Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ ‎Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ ‎Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ ‎Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ ‎Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ ‎Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'

 
Seterusnya, pesanan untuk diri kita semua:-

   
۞ ‎Jangan kita malas dan mengalah. Ini mungkin menjadi setitik amal jariah yang bakal
          terhimpun menjadi telaga di akhirat nanti.
 
 ۞  ‎Jangan kita suka menabur fitnah. Kerana ia amat dimurkai Allah dan akan hanya
          menambahkan dosa.
 
 ۞  ‎Jangan terlalu taksub dengan sesuatu sehingga ketaksuban itu menjauhkan diri kita dari Allah.
 
 ۞  ‎Jangan suka menaruh prasangka kerana ia akan  membuat diri kita lebih menderita.
 
 ۞  ‎Jangan memberi kutukan yang menjatuhkan tetapi berilah kritikan yang membina.
 
 ۞  ‎Jangan lupa sebar-sebarkan info ini untuk kebaikan kita sesama insan.


"Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan"

Hati Yang Diuji

Followers