Tuesday, March 24, 2009

Pentingnya selawat ke atas Nabi

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata :
"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur
(sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku,
tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah
Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum
itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata,
" Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan
melihatmu pada hari kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku
di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

BERDOA

Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan)
daripada langit sehingga orang yang berdoa itu
mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga
Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah'
bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan
membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah
Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda
bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada
Nabi s.a.w. :
"Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang
aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang
kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan
anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak
balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak
balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku
sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak
mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a..w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku
jadi penjaminnya. "

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ
semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata :
"Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada
engkau dan Ia (Allah) berfirman:
" Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu
kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan
mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."
Alhamdulillah. marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.

Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara.. Semoga kita
sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap
Rasulullah SAW.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara
keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan,
sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat : 208)

~salam ceria selalu

Ya ALLAH swt. Kembalikanlah aku dalam keadaan KAU redha seluruh kehidupanku.
AMIN.

No comments:

Post a Comment

Followers