Tuesday, May 5, 2009

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian
langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga
untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan
yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Dari Asma' Binti Abu Bakar ra, katanya dia datang kepada Rasulullah saw lantas baginda bersabda, "Janganlah engkau menahan-nahan (harta), maka Allah akan menahannya pula darimu. Kerana itu keluarkanlah harta itu menurut kesanggupanmu." Sahih Bukhari II, Kitab Zakat*

Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua.


Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.



MESTI BACA!!!!! CARA TERBARU MENYEBAR HIV POSITIF

SILA AMBIL PERHATIAN!!! As/kum Wbrth & Salam Sejahtera!!!

Cara Terbaru Menyebar HIV POSITIF... VIRUS PENYAKIT AIDS

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda
belum membacanya...

Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV POSITIF seronok
menyebarkan virus HIV!!! Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen
Thai dimana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau
telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa.

Jadi sila berhati-hati...Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian
menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih adalah :

1. DI KAWASAN PANTAI. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai
selipar sebab jarum yang ada HIV telah terdedah dan menimbus jarum
penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat
ombak.

2. DI KAWASAN PERMAINAN KANAK - KANAK. Satu lagi kawasan pilihan
penagih. Terdapat kes di Australia di mana kanak --kanak yg tak
berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada
papan lunsur kemudiannya didapati HIV POSITIF!

3. DI PANGGUNG WAYANG. Sila pastikan kerusi yg anda duduki! Kes yang
terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa
sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik
dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV
POSITIVE". Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya
terdapat virus HIV! Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati....

4. Di Georgia & Florida, ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan
PENYUNTIK di dalam tempat mengembalikan SYILING, MESIN AIR
MINUMAN...jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan
betul-betul tempat mengembalikan wang syiling....mungkin terdapat
jarum penyuntik di dalamnya. Ini adalah nyawa anda.


Sila 'foward' maklumat ini kepada orang lain, especially keluarga, kawan2 dan sesiapa sahaja...

Dr Yasmin Anum Mohd Yusof Associate Professor & Head Dept. of
ChemicalPathologySchoolof Medical Sciences USM

INFO KESIHATAN : GOUT SERANG SENDI


GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang- ulang yang dipanggil polyarticular gout.

Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.

Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi.

Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

"Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan.

Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas.

"Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit," katanya.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi di sebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan.


JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA INI KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

No comments:

Post a Comment

Followers